Lagi tinggi pangkat, lagi best rewards untuk anda nikmati.
Pesan min. RM10 dalam satu resit di App McD & setiap pesanan yang layak akan dikira ke arah Pangkat Superfans bulanan anda.
1. Bagaimana saya sertai Program Mekdi Superfans?
Log masuk atau cipta akaun di App McD. Semua pengguna aplikasi berdaftar akan secara automatik dimasukkan dalam Program Mekdi Superfans – buat pesanan untuk mulakan perjalanan Mekdi Superfans anda.
2. Bagaimana untuk naik Pangkat Mekdi Superfans saya?
Kumpul jumlah pesanan yang diperlukan (dengan pembelian min. RM10 dalam satu resit) dalam tempoh bulan yang sama untuk meraih Pangkat Superfans anda bulan seterusnya. Jumlah pesanan minimum adalah 1 pesanan untuk Bronze, 3 untuk Silver, 5 untuk Gold, dan 7 untuk Platinum.
3. Bolehkah saya membawa Pangkat & Ganjaran Superfans saya ke bulan seterusnya?
Pangkat Superfans dan Ganjaran anda tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya. Kedua–duanya akan ditetapkan semula pada hari ke-5 setiap bulan.
4. Apa akan terjadi jika saya tidak membuat sebarang pesanan pada bulan tersebut?
Anda masih boleh menikmati Ganjaran Superfans yang sebelum ini, tetapi Pangkat Superfans anda akan dikemas kini pada hari ke-5 setiap bulan. Kekalkan momentum - teruskan membuat pesanan untuk kekalkan Pangkat anda atau naik ke tahap seterusnya dan nikmati ganjaran setiap bulan.
5. Bagaimana cara untuk tebus Ganjaran Superfans saya?
Ganjaran Superfans anda akan dimasukkan ke akaun App McD anda secara automatik pada hari ke-5 setiap bulan. Anda boleh menebusnya di bahagian "Ganjaran" di App McD.
6. Bilakah saya boleh mendapat Mata Bonus Super saya?
Mata Bonus Super anda akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda apabila anda membuat pesanan pertama pada bulan tersebut, mulai hari ke-5 setiap bulan.
7. Bagaimana cara untuk tebus produk PERCUMA?
Ganjaran produk PERCUMA tersebut akan ditambah secara automatik ke akaun anda di App McD di bahagian “Ganjaran” untuk Pangkat Platinum sahaja. Ia boleh ditebus sekali sahaja setiap bulan.
8. Bagaimana saya boleh menyemak status perkembangan saya?
Kunjungi laman Superfans untuk melihat perkembangan anda di bahagian 'Progress'.
9. Bagaimana saya boleh melihat Ganjaran Superfans saya sepenuhnya?
Untuk memastikan anda melihat ganjaran yang terkini, sila tutup dan buka semula App McD anda.
10. Apakah tempoh sah Pangkat & Ganjaran saya?
Pangkat & Ganjaran anda sah dari hari ke-5 setiap bulan sehingga hari ke-4 bulan seterusnya.
11. Berapa kali saya boleh menebus tawaran Diskaun Super saya setiap bulan?
Setiap tawaran Diskaun Super hanya boleh ditebus sekali sahaja setiap bulan. Kekalkan atau naikkan pangkat anda untuk mendapatkan akses kepada tawaran eksklusif setiap bulan.
12. Apakah Cashback Super?
Cashback Super membolehkan pengguna untuk menebus mata ganjaran untuk mendapatkan kupon ganjaran bagi pembelian yang dibuat melalui App McD.
13. Mengapakah saya tidak boleh melihat ganjaran Cashback Super?
Ganjaran Cashback Super hanya tersedia untuk pangkat terpilih dan akan dikemas kini semula setiap bulan. Manfaat terkini bagi setiap pangkat adalah seperti yang dipaparkan di laman Mekdi Superfans dalam App McD.
14. Saluran pesanan manakah yang membolehkan saya menebus Cashback Super?
Cashback Super boleh ditebus untuk semua pesanan yang dibuat melalui App McD kecuali McDelivery.
15. Apakah tempoh sah untuk Tawaran Super, Ganjaran Super & Cashback Super?
Semua manfaat adalah sah sehingga akhir bulan semasa dari tarikh penebusan. Pengguna disarankan untuk melengkapkan transaksi dengan segera selepas menebus ganjaran.
16. Apakah Ganjaran Super?
Ganjaran Super adalah ganjaran di mana anda boleh membuka tawaran istimewa dengan menebus mata ganjaran anda, contohnya menebus 250 mata untuk mendapatkan tawaran Kon Sundae RM1. Pengguna layak menikmati 1 tawaran bagi setiap penebusan.
17. Apakah Superfans Surprise Hari Jadi?
Pengguna akan menerima Mata Bonus Super mengikut pangkat mereka pada pesanan pertama bermula dari hari ke-5 bulan tersebut. Ini hanya untuk pengguna yang telah mengisi maklumat tarikh lahir dalam akaun App McD
18. Bagaimana saya boleh mendapatkan akses kepada barangan eksklusif Mekdi & acara istimewa?
Ini adalah aktivasi tempoh terhad. Maklumat lanjut mengenai barangan, acara istimewa dan kelayakan berdasarkan pangkat Mekdi Superfans akan dimaklumkan menjelang tarikh aktivasi tersebut. Nantikan.
19. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terkini tentang Program Mekdi Superfans?
Maklumat terkini boleh didapati di laman Superfans dalam App McD serta saluran komunikasi rasmi McD.
20. Dimana saya boleh membaca Terma dan Syarat penuh Program Mekdi Superfans?
Anda boleh lihat Terma & Syarat lengkap di sini untuk butiran penuh.